top of page

BERMULA SEBAGAI SUKA-SUKA AKHIRNYA MENJADI KERJAYA

SITI NUR FATIN ATHIRAH BT ABDOL ARITH

atinfatin315@gmail.com

ree

Pada awalnya perniagaan yang dimilikinya hanyalah sekadar suka-suka namun tidak disangka akhirnya menjadi sebuah perniagaan. Beliau adalah Mohd Zul Fahmi Bin Mohamed, berusia 31 tahun. Beliau tinggal di Sungai Satan, Kelantan dan perniagaan yang dijalankannya adalah Mencetak Gambar T-Shirt (Printing). Beliau memulakan peniagaannya pada tahun 2013 iaitu pada 17 Mei.


Tercetusnya idea beliau untuk menjalankan perniagaan ini adalah dari dirinya sendiri dengan melihat bahawa kawasan tempatnya pada masa itu tidak lagi mempunyai kedai pencetakan baju. Awal perniagaan En. Fahmi tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak, beliau hanya menggunakan wang tabungnya sendiri untuk memulakan perniagaan. Namun, setelah 3 tahun beliau akhirnya mendapat bantuan dari Agensi RISDA untuk mengembangkan lagi perniagan pencetakan bajunya. Jenis perniagaannya adalah dalam kategori Enterprice Sdn. Beliau memperoleh stok barangan perniagaan dari Kuala Lumpur serta Thailand.


Sebelum menemui kejayaan tersebut, banyak cabaran yang dihadapi oleh En. Fahmi dan cabaran-cabaran itu hampir sahaja menyebabkan perniagaannya terbantuk. Cabaran yang dihadapinya adalah perang harga, iaitu semua pengusaha kedai pencetakan di kawasan Jeli sehingga ke Tanah Merah pada keika itu telah menurunkan harga dengan harapan dapat menarik minat pelangan. Namun beliau berjaya menghadapinya dan setelah seminggu beliau berjaya membuka kedai pencetekkan sendiri, beliau mencari motivasi diri dengan menyertai pelbagai khusus seperti pengiklanan, pengurusan kewangan serta pengurusan syarikat.

Selain itu, beliau berkata “setiap kejayaan memerlukan pengorbanan, semakin besar kejayaan yang ingin dicapai maka semakin besarlak pengorbanan yang harus dilakukan”. Dari awal perniagaannya En. Fahmi telah melabur sedikit demi sedikit wangnya dan sehingga kini jumlah wang yang telah dilaburkannya mencecah RM11,000.00 ringgit. Katanya lagi “buat masa sekarang saya hanya ada sebuah kedai sahaja tetapi alhamdulilah perniagaan semakin meningkat dari tahun ke tahun dan kini memberi fokus kepada kawasan pedalaman dan penduduk padat seperti Sabah dan Sarawak yang menggunakkan facebook ads”.


Strategi yang digunakan oleh En. Fahmi dalam memgembangkan lagi perniagaannya adalah memberi penekanan dan fokus kepada bahagian marketing dan pengiklanan syarikat. Beliau menggunakan pelbagai strategi dalam mempromosikan kedai pencetakkan baju beliau seperti menggunakan strategi marketing secara online seperti facebook ads serta instagram ads, seterusnya beliau menggunakannya secara offline seperti flayer, bunting, dan banner.

Sehingga kini perniagaan pencetakkan baju yang dijalankan oleh beliau mendapat sambutan yang mengalakkan dari pelajar sekolah menengah serta Mahasiswa dari IPTA tempatan seperti Universiti Malaysia Kelantan, Universitu Putra Malaysia dan Politeknik Jeli, Kelantan. Dari segi perancangan untuk pergiagaannya, beliau ingin membuka cawangan di seluruh daerah di Negeri Kelantan serta menjadi pembekal bahan mentah kepada semua pengusaha kedai percetakkan di Kelantan serta Terengganu. “sebelum memulakkan perniagaan, pastikan kita tahu apakah produk yang hendak dijual serta seperti apakah produk dikehendaki pelanggan” kata beliau dalam temubual.

Nasihat En. Fahmi kepada pengusaha-pengusaha muda yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan adalah, yang pertama adalah mereka haruslah berfikiran terbuka dan tentukan target kita. Kata beliau “awal perniagaan kita bukanlah untuk membuat untung yang banyak dan jangan fikir kita terus boleh menjadi kaya selepas membuka perniagaan pertama kita”. Beliau berkata lagi “apabila kita membuka pernigaan buat pertama kali, jika tidak ada keuntungan tidak apa dan sikiranya ada untuk pulangan modal pun itu sudah sangat baik”.


Tabah beliau lagi sekiranya awal perniagaan kita jatuh tersandar itu adalah perkara biasa dalam perniagaan dan harus kuat semangat untuk bangkit semula meneruskan niat kita dalam perniagaan. Kedua adalah pilih perniagaan yang mudah mendatangkan hasil. Katanya “mulakan perniagaan itu dengan menjual produk yang biasa-biasa, yang hari-hari dapat dipasar dan digunakan pelanggan, meskipun untungnya sangat sedikit. Apabila semangat kita tinggi akal kita akan mudah berfikir macam mana untuk terus berjaya dengan perniagaan kita. Ini kerana semangat yang tinggi akan mendorong kita nak jual lebih banyak”.

Oleh itu, seseorang yang bijak dalam merancang boleh menjadikan perjalanan pergiagaannya mempu memperoleh pendapatan yang lumayang dan tidak mustahil menjadi seorang usahawan yang berjaya di dunia.

Comments


Usahawan Putra Niaga

Disclaimer: This website is provided for educational and informational purposes. The views and opinions expressed on this website are solely belong to the original author and other contributors.

© 2020 Usahawan Putra Niaga

bottom of page