CHEESE MELELEH BAQ HANG
- usahawanputraniaga upm
- Dec 27, 2019
- 2 min read
NUR ERNIE SHAZRINA BINTI AMRAN

Kuala Lumpur terkenal dengan variasi makanan. Apa sahaja yang anda mahu pasti akan diperolehi di sini. Tidak kiralah makanan basah, kering, seafood, tradisional, western, makanan ala timur dan macam-macam lagi. Turut serta kudap-kudapan yang boleh anda rasai ketika bersantai.
Dinmuo Enterprise adalah salah satu cawangan yang menjual kudap-kudapan. Diasaskan oleh Suharni Binti Shukor dan sudah berkecimpung dalam dunia bisnes selama 5 bulan. Walaupun masih baru dalam dunia bisnes, tetapi kudap-kudapan ini berjaya mendapat sambutan hangat oleh pelanggan di sekitar Kuala Lumpur. Sering kita dengar bahawa pelbagai jenis kudap-kudapan seperti kerepek pisang, kerepek bawang, kerepek ubi dan lain-lain lagi. Lain pula buat Dinmuo Enterprise yang mana mereka menghasilkan kudap-kudapan yang mengandungi cheese iaitu ‘Popia Cheese Crispy’. Dihasilkan dirumah dan buatan air tangan pengusaha itu sendiri. ‘Saya dah lama jual popia cheese ini, tapi memandangkan pasaran bisnes yang terlalu tinggi dan juga lesen perniagaan yang agak mahal, sebab itu saya memasarkan secara kecil-kecilan dahulu, then bila saya cukup modal, barulah saya membuka cawangan saya sendiri’. Kata pengusaha Dinmuo Enterprise, Suharni Shukor.


Popia Cheese Crispy ini mengandungi 3 jenis produk. Harga jualan adalah berlainan mengikut jumlah berat bersih kerepek. Harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan memandangkan pasaran kerepek yang tinggi dan perlu bersaing secara sihat. Bagi berat bersih setiap 100 gram adalah RM6.00. Sekiranya pelanggan ingin membeli secara borong iaitu 1 kilogram adalah RM40.00. Menurut Suharni Shukor, ‘kami memasarkan kudap-kudapan ini secara hubungan sosial. Kami menghantar kudap-kudapan ini di pelbagai jenis Mini Mart yang ada di Kuala Lumpur dan kami juga memasarkan secara hubungan awam iaitu dengan kawan-kawan di pejabat, jiran tetangga, sedara mara dan lain-lain.’ Menurut beliau lagi, ‘kami buat masa sekarang tidak memasarkan produk kami secara atas talian. Kami masih lagi dalam proses percubaan.’
Setiap orang yang melakukan bisnes pasti ada turun naik perniagaan. Kadang-kadang untung kadang-kadang rugi. Biasalah adat dalam berniaga kata Suharni Shukor. Menurut pengusaha Popia Cheese Crispy ini, ‘anggaran untung bagi kami dalam sebulan sekitar RM1000. Hanya bermodalkan dengan RM200 setiap bulan. Walaupun permintaan yang kami terima kurang memuaskan, tetapi cukuplah buat kami mendapatkan sesuap nasi.’
Di serata tempat pasti akan ada makanan yang sama jenis. Tetapi yang membezakan kedai lain dengan kedai yang lain sudah semestinya ramuan dan harga. Sekalipun kerepek-kerepek yang ada di Malaysia lebih kurang sama, rasa setiap makanan itu pasti lain kerana hasil tangan orang yang berbeza. Sama juga buat Popia Cheese Crispy ini, Perbezaan Dinmuo Enterprise dengan yang lain adalah jenis cheese yang digunakan, kerepek yang dihasilkan dan pedas yang berganda. Sesetengah enterprise mereka menggunakan ubi kentang disaluti dengan cheese tetapi buat Dinmuo Enterprise ini mereka menggunakan kulit popia sebagai asas bahan. Bagi mereka yang suka makan pedas cita rasa anda adalah ‘Popia Cheese Crispy’.
‘Jadi, diharapkan Popia Cheese Crispy ini dapat membuka mata masyarakat bagi mereka yang gemar dengan cheese dan makanan pedas.. Harap kawan-kawan dan juga pelanggan yang pernah membeli Popia Cheese Crispy ini, terus memberi dukungan yang padu dan diharapkan dapat permintaan yang lebih tinggi di samping menjadi salah satu pengeluar kerepek Popia Cheese yang besar.’ Kata Pengusaha Dinmuo Enterprise.
Bagi mereka yang berminat boleh hubungi nombor: 019-3613314 (Syah)
Comments