HOBI RIBUAN RINGGIT
- usahawanputraniaga upm
- Dec 27, 2019
- 2 min read
ARIFF HAIKAL BIN MOHD KHAIRI

Koleksi mainan ‘Hot Wheels’ atau model kenderaan berskala kecil pastinya sudah tidak asing lagi buat anda malah ramai yang sanggup berhabis wang dan masa bagi memastikan hobi mengumpul kereta mainan ini selain memenuhi kepuasan tersendiri bagi si pengumpul.
Sesetengah orang menganggap mengumpul model kereta mainan HotWheels adalah hobi kanak-kanak, namun ianya bercanggahan dengan saudara Mohamad Fayzal Abdul Ghani,25 atau lebih mesra dengan panggilan Fayzal. Bagi beliau, mengumpul kereta mainan HotWheels adalah satu kepuasan kerana dapat memiliki kereta ‘idaman’ walaupun hanya bersaiz kecil sahaja.

Hobi mengumpul kereta mainan tersebut bermula sejak dibangku persekolahan lagi. “Saya mula mengumpul kereta hot wheels ni sejak dari darjah 3 sehingga sekarang” katanya.
Mohammad Fayzal berkata, kini mempunyai lebih 700 koleksi Hot Wheels pelbagai model di dalam simpanannya. Jejaka yang bekerja sebagai pereka grafik itu berkata, permainan itu dibeli dengan harga serendah RM5 hingga RM 500 dan dia menghabiskan kira-kira RM8,000 sejak aktif sebagai pengumpul “Bukan semua koleksi saya mudah didapati kerana sebahagiannya keluaran lama yang tidak dijual lagi di pasaran. Bagi mendapatkannya, saya terpaksa membeli di portal beli-belah dalam talian seperti Ebay walaupun harganya mencecah ratusan ringgit untuk setiap unit.” Ujarnya.
Menurut Fayzal, antara model yang sering menjadi perhatian ramai adalah ‘muscle car’ seperti Dodge Charger, Challenger, Pontiac Firebird, Mustang, Camaro, Corvette, Playmouth dan Chevelle SS. Fayzal turut memiliki model-model kereta buatan Jepun seperti Nissan. Bermula model KPGC10 hinggalah ke R35 kini sudah menjadi koleksi kesayangannya dan disimpan rapi dengan susun atur menarik. Selain itu, antara jenama lain yang turut dimilikinya adalah seperti BMW, Mercedes, Volkswagen, Mini Austin, Golf Rabbit, Subaru, Porsche, Mazda RX7 Savanna, Toyota Celica dan AE86, Audi, Hammer, Volvo dan banyak lagi. “Nampak macam taasub tetapi kerana minat, saya sanggup malah tidak senang duduk jika gagal mendapatkan koleksi yang diinginkan,” katanya yang kini menetap di Chuping, Perlis.
Menurutnya, ada yang menganggap hobi itu sebagai pembaziran, tetapi ia sebenarnya menyeronokkan dan mampu menghilangkan tekanan.

“Kalau ikutkan koleksi yang saya miliki sekarang nilainya mencecah ribuan ringgit, tetapi bukan beli sekali gus. Setakat ini saya tak sasar berapa banyak akan saya kumpul. Saya juga rasa ia bukan pembaziran, kita beli ikut kemampuan”.“Memang ada rakan mempersoalkan tetapi saya tidak kisah kerana tahu pelaburan membeli permainan itu berbaloi dan bukan pembaziran.” Whatsapps salah satu platform perbincangan untuk para pengumpul bertukar pendapat,mencari dan menjual koleksi telah menyemarakkan lagi hobi tersebut. Bahkan ada yang sanggup membida pada harga tinggi untuk model kereta mainan yang "rare".
“Saya pernah cuba menjualnya di Facebook dan berhasil walaupun pada harga agak mahal kerana kereta mainan saya jual itu agak ‘limited’ ketika itu.” .“Dengan adanya komuniti yang menggemari hobi seperti ini, ia turut memberi saya peluang untuk menambah dan berkongsi pengetahuan dengan pengumpul tegar lain terutama mereka yang mempunyai minat sama selain menambah kenalan dari serata negeri.”
Comments