BERNIAGA MENJADI HOBI
- usahawanputraniaga upm
- Dec 27, 2019
- 1 min read
MUHAMMAD AFIFF ZHARIFF BIN MOHAMED FUA'AD
SERDANG: Bersusah – susah dahulu, bersenang – senang kemudian. Itulah pepatah Melayu yang sesuai diberikan keatas seorang anak muda yang merupakan pelajar tahun ketiga bidang Komunikasi (penyiaran) di Universiti Putra Malaysia. Bagi beliau,berniaga di waktu yang terluang di hujung minggu amat sesuai untuk dijadikan sebagai sumber mencari rezeki yang halal.

Senyuman ikhlas menyambut pelanggan
Bagi anak ke 3 daripada 9 adik beradik ini, perniagaan seperti ini merupakan minatnya semenjak dari kecil lagi untuk menjadi seorang usahawan muda yang berjaya pada satu hari nanti. Berniaga sudahpun menjadi hobinya semenjak dari kecil lagi apabila sering menolong kedua ibu bapanya yang menjalankan perniagaan runcit di Kg. Jelor Pasir Puteh Kelantan. Minat beliau dalam aktiviti perniagaan sudah terbentuk dari kecil lagi dan ini merupakan aktiviti riadah yang digemarinya.
Perniagaan beliau yang diberi nama Uncle Miee’s Fried Chicken merupakan ilhamnya sendiri pada tahun lepas apabila pihak Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) telah menyediakan kiosk untuk sesiapa sahaja yang ingin berniaga di tapak yang disediakan. Jumlah RM 150 untuk sewaan bulan adalah jumlah sewa yang perlu dibayar oleh beliau untuk berniaga di kiosk Kolej Pendeta Za’ba (KPZ).
Keuntungan bersih sehingga RM 3 000 dapat dicapai olehnya dalam masa sebulan. Bagi dirinya, bukan keuntungan sahaja yang diambil kira tetapi pengalaman dalam bidang usahawan yang perlu dicari dalam aktiviti perniagaan.Menurut beliau juga, harga dan kualiti yang dijual perlu dijaga dengan baik agar pelanggan berpuas hati dengan makanan yang dibeli.
Comments