BERKAT USAHA SENDIRI
- usahawanputraniaga upm
- Dec 27, 2019
- 2 min read
Nazrin Aiman Bin Ahmad Taufik

Pekerja beliau melakukan tugasnya di kedai miliknya yang dibuka setiap hari
NIBONG TEBAL, PENANG - Seorang pemuda berjaya menghasilkan keuntungan mencecah RM2000 sebulan dengan menjual pelbagai jenis kasut di lawan sesawang sperti di Instagram dan lain lain. Jenama AZFS sudah diketahui ramai, perniagaan barangan sukan yang semakin berkembang. Beliau adalah Muhammad Ariff Bin Zaini yang berasal dari Bandar Baharu, Kedah. Anak no 3 dari 5 adik beradik yang kini memiliki perniagaan sendiri hasil usaha beliau yang tidak mudah berputus asa hasil selama 5 tahun. Berkat serta dorongan keluarga juga membantu beliau dalam menempuh pelbagai rintangan dalam bidang niaga masa kini.

Jenama dan logo dalam pernigaan beliau
Dalam kesibukan beliau menguruskan perniagaan, beliau turut berjaya melengkapkan pelajarannya di peringkat diploma dalam jurusan sains sukan. Beliau juga turut menceburi dalam sukan ragbi mewakili Politeknik Shah Alam. Beliau berjaya membahagikan masa beliau dengan cukup baik.
Katanya, sudah lama saya bergiat aktif dalam bidang niaga tersebut selepas menamatkan pelajaran di sekolah dan untuk permulaan saya hanya menjadi agen dalam menjual kasut. Dari sesi penjualan tersebut banyak ilmu yang saya peroleh bagi menambahkan lagi pengetahuan dalam urusan berniaga dengan pelanggan. Saya mula tahu penjualan kasut itu bermula dari mana ke mana. Sejak itu, saya bertekad mahu membina empayar saya sendiri dengan adanya bantuan rakan rakan seta keluarga di samping.

Menurut beliau juga, beliau pernah merasakan saat kejatuhan dalam menguruskan perniagaan. Ia disebabkan kesibukan beliau yang terlampau selain perniagaan, tetapi beliau cuba mengatur pelbagai stratergi dalam membahagikan masa. Beliau cuba mengikuti pelbagai program dalam perniagaan seperti kursus dan pelbagai lagi. Hasil daripada usaha dan kesabaran beliau berjaya. Malah perniagaan beliau turut dikenali seperti sekarang setelah menghadiri pelbagai kursus dalam mengembangkan perniagaan beliau.
Akhir kata, beliau mengharapkan perniagaan beliau berjaya memasuki setiap pasaran dalam Malaysia dan mampu memuaskan kemahuan pelanggan. Seterusnya beliau berharap generasi muda berminat dalam menceburi bidang perniagaan sepertinya. Sedikit sebanyak mampu meningkatkan ekonomi negara di masa hadapan.
Comments