top of page

Floorball kian mendapat tempat

NURUL HAFIZAH BINTI AZAHAR

hafizahazahar97@gmail.com

ree

Ellya Syahirah Ellias berjersi putih menyekat permain dari Singapura berjersi hitam dari menjaringkan gol.


KLANG- Jika dilihat secara kasar, ia saling tidak tumpah seperti sukan hoki padang atau hoki ais. Apa yang membezakannya ialah kayu pemukul dan bola yang digunakan. Inilah sukan floorball atau hoki lantai yang kian mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan tempatan dan antarabangsa.

Kayu yang digunakan diperbuat daripada plastik pada bahagian bilah pemukul manakala bahagian pemegangnya pula diperbuat daripada fiber. Bolanya pula dihasilkan dengan menggunakan teknologi aerodinamik bagi mengurangkan geseran dengan udara agar dapat dipukul dengan laju.

ree

Ellya Syahirah Ellias ketika beraksi di Kejohanan Women’s World Floorball Championships 2019 Qualification di Stadium tertutup Huamark Bangkok, Thailand.

Sukan ini boleh dianggap masih baharu di negara ini tetapi beberapa negara telah memperkembangkan sukan ini secara meluas seperti Denmark, Finland, Kanada, Jerman dan banyak lagi. Selepas beberapa dekad ia semakin diterima masyarakat, kemudian peraturan-peraturan khas dicipta dan beberapa buah kelab mula dibentuk oleh mereka yang terawal bermain permainan ini.

Ellya Syahirah Ellias atau lebih mesra dipanggil Syira merupakan pelajar tahun dua jurusan Bacelor Komunikasi di Universiti Putra Malaysia yang juga merupakan atlet sukan hoki padang, hoki dalam dewan dan sukan floorball. Syira merupakan anak ke empat dari lima adik-beradik mempunyai pendirian yang cekal dan kuat dalam menjadi seorang atlet yang berjaya.

Pada asalnya Syira merupakan atlet hoki padang yang terkenal dengan kemahiran mengawal bola dengan baik tetapi disebabkan faktor pengalaman yang kurang, Syira mula menjinakkan diri untuk bermain hoki dalam dewan. Usaha Syira mendapat hasil apabila berjaya terpilih mewakili Malaysia dalam acara hoki dewan dan merupakan pemegang pingat gangsa Kejohanan Sukan Sea Games Kuala Lumpur 2017 dan pemegang pingat emas Kejohanan Sukan Sea Games Filipina 2019.


ree

Ellya Syahirah Ellias berjersi kuning cuba menghalang pemain Jepun berjersi merah dari menjaringkan gol.


“Inspirasi saya untuk menceburi sukan floorball ini tiba apabila saya menemani kawan saya menyaksikan pertandingan floorball dan saya tertarik melihat keunikan serta kelainan bermain floorball iaitu ketika menjaringkan gol,”.

“Bermain sukan floorball bukan sesuatu kesukaran untuk saya menguasai teknik dan kemahiran tertentu kerana saya sudah mempunyai kemahiran asas bermain hoki padang dan hoki dalam dewan. Perbezaan sukan ini adalah tempoh kelajuan bola dan untuk bermain sukan ini, kecergasan fizikal sangat diperlukan untuk memastikan pemain dapat mengawal permainan.”


ree

Ellya Syahirah Ellias (tiga dari barisan hadapan) bersama pasukan Malaysia di Kejohanan Women’s World Floorball Championships 2019 Qualification di Stadium tertutup Huamark Bangkok, Thailand.

Hampir 3 tahun Syira menceburi sukan floorball ini dan kejayaan Syira terbesar adalah mendapat pingat gangsa ketika mewakili Malaysia di Kejohanan Asia Oceania Floorball Confederation Cup 2018 di Singapura dan Kejohanan Women’s World Floorball Championships Qualification 2019 di Thailand.

Dikategorikan sebagai sukan hoki, floorball merupakan suka indoor yang dimainkan di atas lantai kayu atau getah atau boleh juga dimainkan di gelanggang bola keranjang. Ia tidak semasyhur sukan hoki padang atau hoki ais, tapi kini ia semakin luas dipertandingkan di serata dunia.

Comments


Usahawan Putra Niaga

Disclaimer: This website is provided for educational and informational purposes. The views and opinions expressed on this website are solely belong to the original author and other contributors.

© 2020 Usahawan Putra Niaga

bottom of page