Hobi bukan penafian kecemerlangan akademik
- usahawanputraniaga upm
- Dec 27, 2019
- 3 min read
NUR ERNIE SHAZRINA BINTI AMRAN

Muhammad Abdul Karim Bin Md Nasir, 22 kelahiran Johor Darul Takzim merupakan seorang pemain sukan lasak iaitu sukan ragbi. Beliau adalah lepasan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor, dan mendapat tajaan penuh dari Persatuan Ragbi Negeri Johor. Selain itu, Karim juga sudah berkecimpung dalam sukan ragbi ini selama satu dekad. Bagi Karim, sukan rabgi ini ibarat hidupnya, kerana sukan ragbi ini telah menjadi profesion buat Karim semasa beliau berusia 13 tahun lagi. Menurut beliau, sukan ragbi ini sedikit sebanyak membantu kehidupannya kerana sikap beliau yang tidak pernah putus asa dalam apa jua cabaran disamping membantu beliau mendisiplinkan diri. Sebelum beliau berkecimpung dalam dunia ragbi, beliau juga meminati sukan-sukan lain seperti bola sepak, lontar peluru dan sepak takraw akan tetapi sukan-sukan itu tidak membantu beliau sama sekali, sehinggalah beliau menemui sukan ragbi ini disebabkan seorang guru yang membawanya ke dunia ragbi.
Sesiapa sahaja yang memasuki dunia sukan, pasti akan berlaku kecederaan meskipun sudah berhati-hati. Sukan ragbi adalah sukan lasak oleh sebab itu risiko untuk mendapatkan kecederaan adalah sangat tinggi. Tetapi setiap sukan mempunyai risiko kecederaan yang tersendiri. Lain pula buat Karim, yang mana beliau pernah mengalami kecederaan di bahu, lutut dan juga buku lali disebabkan sukan ragbi ini. Walaupun sudah ditimpa musibah, Karim sama sekali tidak pernah berputus asa dalam mencapai cita-citanya bagi mendapatkan gelaran pemain terbaik dalam sukan ragbi ini.
Ramai yang tidak tahu bahawa golongan atlet masih meneruskan pengajian mereka di alam yang lebih tinggi meskipun sibuk dengan jadual latihan. Karim merupakan seorang mahasiswa yang belajar di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Beliau merupakan tahun dua dalam Bacelor Komunikasi. Buat Karim, belajar adalah tugas utama setiap manusia tidak kiralah mereka itu seorang atlet mahupun seorang pelajar biasa. Kerana buat beliau, segala-galanya memerlukan ilmu pengetahuan. Perbezaan setiap manusia adalah dari segi ketertinggian ilmu seseorang. Tanpa ilmu tidak berguna seseorang itu. Akademik membantu seseorang untuk kehidupannya di masa hadapan. Menurut Karim juga, beliau sangat meminati bidang komunikasi ini kerana beliau dapat berhubung dengan orang ramai melalui kaedah sukan.
Seperti yang kita sedia maklum, sukan memerlukan latihan yang sangat rapi supaya kita tidak terumbang-ambing dalam proses sukan yang kita ceburi. Lain pula buat setiap atlet yang belajar sambil latihan. Bagaimana cara untuk mereka seimbangkan masa untuk mereka belajar dan membuat latihan. Bagi Karim waktu belajar beliau sama sekali tidak terganggu kerana waktu latihan selalunya bermula pada waktu petang manakala waktu kuliah bermula seawal pagi. Jadi apabila beliau menerima tugasan, beliau akan menyiapkannya pada waktu malam. Akan tetapi, sekiranya beliau mempunyai perlawanan ragbi mereka hanya menggunakan waktu sabtu dan ahad sahaja. Tidak sesekali menggangu proses pembelajaran dan pengajaran beliau.
Apabila kita menceburi sesuatu bidang sukan, sudah semestinya akan ada perlawanan yang dianjurkan. Dan kita cuma mampu mengharapkan agar mendapat pencapaian yang terbaik. Sepanjang tempoh Karim menceburi bidang sukan ragbi ini, beliau sentiasa memasuki perlawanan yang dianjurkan oleh pihak UPM. Oleh sebab itu, Karim mempunyai banyak pengalaman supaya beliau dapat meningkatkan lagi prestasi sukannya. Perlawanan yang sentiasa menjadi perhatian Karim adalah Masum, Sukipt, Super 8 dan yang dinanti-nantikan adalah Malaysia Rugby League dan juga Johor Rugby League. Pada tahun 2017, Malaysia menjadi ‘Tuan Rumah’ untuk Sukan Sea Kuala Lumpur. Malaysia telah mendapat ‘Pingat Emas’ iaitu pada Sukan Sea 2017, Kuala Lumpur. Secara tidak langsung, rakyat Malaysia sedikit sebanyak menggemari sukan ragbi ini.
Tidak asing buat penyokong dan atlet-atlet sukan bergabung dalam satu stadium. Ini kerana, bagi atlet-atlet sukan tidak kiralah olahraga, bola sepak, sepak takraw, renang, badminton dan lain-lain lagi, penyokong merupakan elemen penting dalam setiap sukan yang ada. Tanpa penyokong atlet-atlet ini bukanlah sesiapa. Meskipun atlet-atlet ini mempunyai jumlah penyokong yang sedikit akan tetapi cukup buat mereka melakukan yang terbaik. Jika kita mahu membandingkan antara penyokong luar negara dan dalam negara, sudah tentu kita kalah. Penyokong luar negara sangat optimis terhadap atlet-atlet mereka. Jika kita lihat, penyokong kita yang sentiasa prejudis terhadap permainan sukan yang ada malah atlet juga turut kena tempiasnya.
Harapan buat Karim agar beliau dapat menghabiskan ijazah pertamanya dengan sempurna supaya beliau dapat membantu keluarga disamping mengubah hidupnya di masa hadapan. Selain itu, Karim juga berharap agar satu hari nanti beliau dapat menjadi seorang atlet yang berjaya dengan menempah nama dipersada dunia antarabangsa disamping mengharumkan nama Malaysia tanai air tercinta.
LINKS YOUTUBE:
Comentarios