WAN KOKDIANG PEMUDA BERSEMANGAT
- usahawanputraniaga upm
- Dec 27, 2019
- 2 min read
MUHAMMAD NA'IM BIN R.AZMI

Syazwan (tengah) berlari dengan penuh bersemangat dalam pertandingan yang disertainya
SERDANG: Malaysia merupakan sebuah negara yang menjaga kualiti sukan. Ini terbukti apabila sukan seperti hoki,squash dan sepak takraw menjadi tumpuan di mata dunia . Di masa kini ,antara sukan yang menjadi tumpuan di Asia adalah sukan olahraga. Dek tidak mahu ketinggalan,Malaysia juga dapat melahirkan ramai pelapis-pelapis dalam sukan olahraga.
Antara salah seorang yang berbakat dalam sukan ini dan sedang dibentuk ialah Syazwan Syafik ,22 tahun atau lebih mesra dengan panggilan ‘Wan Kokdiang’ . Beliau telah mula menjinakkan diri dalam bidang olahraga sejak di bangku sekolah lagi. Permulaannya dalam sukan ini adalah kerana bakat yang ada pada dirinya.
“Semenjak kecil saya biasa bermain lumba lari dengan rakan-rakan sebaya dan sentiasa menang dalam perlumbaan tersebut” katanya .
Dengan bakat yang ada pada dirinya, beliau seterusnya terpilih bagi mewakili sekolahnya dalam setiap pertandingan olahraga yang dianjurkan. Selain itu juga , beliau mendapat sokongan jurulatih bagi mempelajari teknik-teknik larian, pernafasan dengan betul bagi menjaga prestasinya dalam setiap larian yang dibuat . Pada tahun 2012 ,beliau telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam sukan olahraga di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini merupakan satu detik yang membanggakan buat dirinya.
Untuk mengekalkan stamina dan prestasinya sebagai seorang olahragawan ,beliau haruslah menjalani latihan sebanyak 3 kali dalam seminggu. Selain itu juga, beliau perlulah sentiasa mendapatkan khidmat serta nasihat jurulatih tentang teknik-teknik larian yang betul. Beliau juga haruslah menjaga tabiat pemakanan sehariannya agar tidak menjejaskan diri serta prestasinya di masa akan datang. Sepanjang terlibat dalam sukan ini, antara kenangan manis yang dilaluinya ialah mewakili Malaysia sekaligus dapat mengharumkan nama negara. Pencapaian terbaiknya dalam sukan ini ialah apabila dapat menjadi naib johan di ‘Sea Youth’ yang berlangsung di Myanmar.
“Harapan saya sebagai salah seorang olahragawan yang pernah mewakili Malaysia, Saya berharap agar akan ada pelapis yang dapat menjejaki langkah saya sekaligus mampu mengharumkan nama negara” katanya.
Comments