"Grab" peluang rezeki tambahan golongan sederhana
- usahawanputraniaga upm
- Dec 27, 2019
- 2 min read
MUHAMMAD NA'IM BIN R.AZMI

Encik Farid Bersama keretanya yang digunakannya untuk membuat perkhidmatan ‘grab’
Bertugas sebagai penjawat awam bukanlah menjadi penghalang buat seseorang untuk bekerja secara sambilan. Demi masa depan yang lebih terjamin , kebanyakkan masyarakat pada hari ini memilih untuk melakukan dua pekerjaan dalam satu masa. Selain daripada menyahut seruan pihak kerajaan ,masyarakat merasakan mereka perlu melakukan sesuatu agar kehidupan mereka di masa akan datang lebih terjamin tanpa bergantung pada mana-mana sumbangan ataupun bantuan.
Begitulah kisahnya dengan Encik Farid ,40 tahun salah seorang penjawat awam di sebuah institusi pengajian awam di Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai pembantu makmal di Fakulti Undang-Undang ,Universiti Malaya selama hampir 12 tahun. Tempoh bekerja sebagai penjawat awam merupakan satu tempoh yang cukup lama untuk beliau melakukan perubahan dalam hidupnya.
Kisahnya bermula apabila beliau memilih untuk melakukan pekerjaan secara sambilan selepas waktu pejabat iaitu menjadi pemandu ‘grab’. Beliau memiih untuk menjadi pemandu ‘grab’ secara sambilan bagi memenuhi masa lapangnya selain daripada menambah pendapatan. Beliau mengakui bahawa mula tertarik untuk menjadi pemandu ‘grab’ setelah mengetahui daripada salah seorang rakannya.
“Saya mula diberitahu tentang kewujudan ‘grab’ ini daripada salah seorang rakan saya pada tahun 2017. Beliau jelaskan pada saya kelebihan-kelebihan yang boleh didapati daripada menjadi pemandu ‘grab’ ini.Dari situ saya mula tertarik dan terus mendaftar sebagai salah seorang pemandu ‘grab’ “katanya.
Menjadi pemandu grab tidaklah mengganggu pekerjaan kerana ia tidak mempunyai masa yang spesifik malah pemandu boleh memilih waktu mengikut kelapangan masa mereka sendiri untuk menjalankan perkhidmatan. Boleh dikatakan menjadi pemandu ‘grab’ ini adalah pekerjaan ‘freelance’ yang mengamalkan konsep mengikut kesediaan pemandu itu sendiri.
Penjawat awam ini juga turut mengakui jumlah pendapatan yang diperolehi daripada perkhidmatan ‘grab’ ini bergantung kepada berapa banyak ‘trip’ yang dibuat. Kebiasaaannya beliau akan mendapat lebih kurang dalam RM 300-400 dalam seminggu hasil daripada perkhidmatan ‘grab’ ini. Beliau juga turut mengakui selain dapat menambah pendapatan , perkhidmatan ‘grab’ ini juga menambah kenalannya dan memberinya lebih mahir dengan jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.
Setiap pekerjaan itu pasti ada pahit manisnya yang tersendiri. Antara pengalaman yang pahit baginya adalah apabila terdapat sesetengah pelanggannya yang mengadu atas kelewatannya untuk mengambil mereka. Faktor jalan raya yang sesak menjadi penghalang buatnya untuk cepat sampai ke satu destinasi.
“Kadang-kadang ada penumpang yang mengadu pada saya kenapa saya ambil mereka lambat ataupun mereka nak cepat ke sesuatu destinasi. Saya cuba untuk memneuhi kehendak mereka ,akan tetapi faktor jalan raya khususnya di ibu kota yang sangat sesak membuatkan kadang-kadang saya tidak mampu sampai mengikut waktu yang tepat. Itu sedikit sebanyak membuatkan mereka marah juga pada saya” katanya .
Kesenangan ,kejayaan tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha. Oleh itu, beliau tidak meletakkan aduan-aduan itu sebagai halangan buat dirinya untuk terus menceburi bidang perkhidmatan ‘grab’ ini. Baginya, setiap kelemahan itu harus diperbaiki dari hari demi hari agar mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggannya.

Antara kereta ‘Grab’ yang menepati piawaian syarikat
Comments