top of page

KELULUT MENJADI SUMBER REZEKI

MOHAMMAD IZZAT KAMARUDIN

ree

sarang kelulut milik arif


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA: Madu lebah mengandungi pelbagai khasiat dan keistimewan yang tersendiri malah perkara ini sudahpun dicatat secara ilmiah dan saintifik dalam bidang perubatan kerana keajaiban manfaatnya.

Malah dalam Islam sendiripun madu bukan perkara asing lagi, Sarjana dan Ilmuan Islam menggunakan untuk tujuan perubatan dan kesihatan sejak berkurun-kurun lamanya selepas mengetahui hikmah dan rahsianya.



ree

Dengan hanya bermodalkan RM 3000, seorang pelajar Bacelor Pertanian Universiti Putra

Malaysia berjaya mengembangkan perusahaan madu kelulutnya sehingga produk yang dihasilkan mampu menembusi pasaran sekitar secara kecil-kecilan.

Mula mencuba ternak kelulut secara kecil-kecilan pada 2018, Mohammad Arif Ramly, 21, kini mempunyai 4 sarang atau log madu kelulut di sekitar kawasan UPM iaitu kelulut dari jenis Itama.


Katanya, apa yang menarik madu kelulut mempunyai khasiat tiga kali ganda berbanding madu lebah-lebah yang lain dan merupakan antara madu lebah yang paling mahal dan mendapat permintaan yang tinggi.

Beliau juga mempunyai syarikat yang berdaftar di bawah SSM iaitu Arif Agro Industry untuk memudahkan penglibatannya dalam perniagaan itu setelah melihat potensi madu kelulut yang sangat positif di pasaran tempatan.



ree

“Prospek kerjaya bagi madu kelulut begitu luas kerana boleh membesar dan mendatangkan pendapatan lumayan kepada pengusaha. Sekarang harga bagi madu kelulut sekitar RM300”

Bagi seorang yang bergelar pelajar dan usahawan muda, beliau mampu tersenyum apabila mampu meraih pendapatan dari RM 300 hingga RM 600 sebulan. Beliau juga turut menambah ia merupakan satu impak yang positif bagi usahawan tani yang baru seperti beliau.

Menurut Arif, bagi memastikan perusahaannya dijalankan secara sistematik, dia mengikuti beberapa kursus khas untuk meningkatkan produktiviti serta kaedah pengkormersialan madu kelulut antara yang terbaru adalah kursus Pemasaran Madu pada 24 Februari lalu di Sepang,Selangor.


“Namun, perlu diingat kerjaya ini juga mencabar kerana amat berbeza dengan teori dan praktikal ketika di kolej atau universiti. Cabarannya cukup banyak tetapi kita usah berputus ada dan cuba belajar banyak perkara baharu dan kejayaan akan menyusul,” ujarnya

Beliau juga menambah,”Antara cabaran yang paling besar saya hadapi adalah terpaksa menangung kerugian hampir RM 1500 kerana sarang atau log madu kelulutnya rosak diserang haiwan perosak dan fungus”



ree

“Cabaran penternakan lebah kelulut ini terletak kepada keadaan cuaca, misalnya tahun lalu,

cuaca panas yang berpanjangan telah menyebabkan lebah kelulut kurang menghasilkan madu. Jika musim hujan pula, penghasilan madu agak kurang memberangsangkan kerana lebah kelulut kurang aktif,” katanya.

“Begitu juga penyakit, lebah kelulut boleh terdedah kepada penyakit sekiranya keadaan cuaca terlampau panas,” katanya lagi.


Apabila ditanya perancangan masa hadapan, Arif berkata beliau berhasrat untuk menambah bilangan sarang lebah kelulutnya dari 4 log ke 10 log sarang lebah kelulutnya pada bulan Mei tahun ini selain mahu mencuba mengeluarkan produk yang berasaskan kelulut.

“Kita buat kalau rugi tidak apa, boleh cuba lagi. Jangan bila rugi terus putus asa, tidak buat langsung. Sekurang-kurangnya kita belajar dari kesilapan terus berusaha untuk mencapai kejayaan,” katanya.


ree

Pokok air mata pengantin atau dikenali sebagai antigonon merupakan salah satu sumber utama kelulut mencari madu

Commentaires


Usahawan Putra Niaga

Disclaimer: This website is provided for educational and informational purposes. The views and opinions expressed on this website are solely belong to the original author and other contributors.

© 2020 Usahawan Putra Niaga

bottom of page