top of page

Muhammad Faris Kini “Tauke” Cendol

MUHAMMAD FIRDAUS BIN KAMAL

firdauskamal18@gmail.com

ree

SERDANG - Bermula dengan suka suka menceburi bidang perniagaan, Muhammad Faris Bin Jaafar, 26, kini mempunyai tiga gerai cendol miliknya sendiri, iaitu Serdang Cendol. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pertanian Dan Biosistem Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mula mengorak langkah dalam dunia perniagaan pada tahun 2015 dengan menyewa tapak pesta kovokesyen. Beliau berminat untuk berniaga bagi mencari duit poket untuk perbelanjaan hariannya di kampus.


"Saya melihat perniagaan yang mudah adalah makanan kerana ia sentiasa mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat, apatah lagi cendol yang tidak ada dijual di UPM ketika itu. Hasil tabungan sendiri, saya mula membuka dua gerai di kampus hasil kolaborasi dengan fakulti dan kolej di UPM”, katanya.

Hasil perniagaan menggalakkan itu, beliau mula mengorak langkah mengadakan kerjasama dengan stesen minyak SHELLdi Serdang, untuk membuka gerai secara francais di kawasan berkenaan.


ree

Antara menu cendol yang dijual oleh Serdang Cendol


"Saya masih dalam tempoh percubaan dan sekiranya berjaya, saya merancang membuka beberapa lagi cawangan pada stesen minyak SHELL sekitar Lembah Klang," katanya.

Antara menu cendol yang dijual adalah cendol biasa, cendol kacang, jagung, ais-kacang" katanya. Beliau berkata, meskipun mahasiswa mempunyai dana pembiayaan pengajian daripada Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun mereka harus mengambil peluang untuk menjana pendapatan sendiri.


“Pelajar harus menggunakan peluang dan masa yang ada untuk mencari duit sendiri dengan tidak terlalu bergantung kepada universiti dan ibu bapa untuk menyara kehidupan mereka sepanjang pengajian” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Faris berkata, mahasiswa perlu pandai membahagikan masa antara pembelajaran dan perniagaan agar sentiasa seimbang. "Perniagaan tidak menganggu pengajian saya kerana rakan lain banyak membantu dari segi tugasan yang diberikan oleh pensyarah," katanya.


ree

Muhammad Faris sedang menyediakan cendol untuk pelanggannya.

コメント


Usahawan Putra Niaga

Disclaimer: This website is provided for educational and informational purposes. The views and opinions expressed on this website are solely belong to the original author and other contributors.

© 2020 Usahawan Putra Niaga

bottom of page