Teknik NORAZ dalam seni pidato bahasa melayu membuahkan hasil
- usahawanputraniaga upm
- Dec 27, 2019
- 1 min read
SITI FARIHAH BT MOHD ZAIN
SERDANG: - Prof Madya Dr. Norazlina Mohd Kiram merupakan pensyarah fakulti bahasa moden dan komunikasi di Universiti Putra Malaysia telahberjaya menghasilkan teknik NORAZ, sebuah modul binaan melalui pengalaman beliau sebagai seorang pemidato sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memartabatkan bahasa melayu.
Teknik NORAZ dicipta dan dibangunkan melalui modul binaan PDIPP yang melibatkan tiga elemen penting, iaitu kognitif, psikomotor dan afektif sekali gus dapat memberikan impak positif terhadap pencapaian individu secara holistik dan sistematik.

Dr Norazlina (tengah) memegang piala pidato Suaramu Anak Malaysia ketika carnival Putra InnoCreative di UPM
Beliau yang juga ketua kumpulan penyelidik itu, berkata idea kepada inovasi tersebut telah membuahkan hasil apabila baru-baru ini beliau berjaya menjadi johan, pidato Suaramu Anak Malaysia UPM dan meraih pelbagai pengiktirafan selaras dengan teknik yang digunakan.
Justeru katanya, teknik Noraz berfungsi dalam pengajaran dan pembelajaran kerana terdapat tanggapan bahawa kemahiran kendiri merupakan antara kursus yang agak sukar, serta tiada kaedah mengajar spesifik yang dapat membantu mencetuskan minat pelajar untuk terus menguasai kandungan kursus.
Secara keseluruhannya, inovasi ini berjaya meningkatkan keyakinan dan kebolehan berkomunikasi pelajar dengan memartabatkan lagi penggunaan bahasa melayu masyarakat setempat.
Comments