top of page

Minat Menjadi Sumber Pendapatan

MUHD FAIZAL BIN ISMAIL

faizalsmailcr@gmail.com

TANAH MERAH: Generasi kini harus bijak untuk mencari inisiatif untuk mencari peluang pekerjaan. Kebergantungan kepada kerajaan semata-mata sebagai sumber pekerjaan sewajarnya dikurangkan. Sebaliknya, kelebihan sumber dan kelebihan yang ada pada diri harus dimanfaatkan sebaik mungkin terutama generasi muda. Kes pengangguran dalam kalangan generasi muda di dalam negara sangat membimbangkan terutama sekali golongan graduasi daripada universiti tempatan. Kerajaan hari ini menggalakkan generasi muda untuk memulakan perniagaan sendiri dan berdikari tanpa mengharapkan sepenuhnya peluang pekerjaan daripada kerajaan.



ree

Demi menyahut seruan kerajaan, seorang anak muda yang merupakan graduasi dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia mula menanam minat untuk menceburi bidang perniagaan. Perniagaan jualbeli pakaian terpakai telah dipilih oleh saudara Al-Mushawwiru,23 tahun atau lebih mesra dipanggil “Pokbe” sebagai permulaan kepada perusahaannya. Beliau pada awalnya hanya berniaga pakaian terpakai menggunakan kenderaannya sendiri tanpa mempunyai tapak atau kedai untuk berniaga. Beliau terus komited untuk membesarkan perniagaannya dan mempunyai kedai sendiri atas jenamanya sendiri.

Untuk mengembangkan perniagaannya memerlukan modal agak besar. Demi memastikan cita-citanya untuk mengembangkan perniagaannya tercapai, beliau bertindak untuk mengajak rakan-rakan sekampungnya untuk melakukan kerjasama atau sebagai rakan kongsi. Hasil daripada perkongsian modal bersama rakan-rakan beliau berjaya membuka kedai yang menjual pakaian terpakai dengan jenama sendiri iaitu “SAN BUNDLE” di Pasir Puteh, Kelantan.


Pembukaan kedai “bundle” sendiri yang pertama ini akan menjadi satu kayu ukur tahap penerimaan pembeli terhadap jenama pakaian terpakai kami nanti. Selain itu, beliau turut menyatakan kedai pertama ini akan difokuskan terlebih dahulu memandangkan ini adalah kedai pertamanya. Usaha-usaha untuk mempromosi kedai ini telah giat diusahakan untuk memastikan masyarakat diluar sana menyedari kewujudan kedai kami dan sekiranya perniagaan ini berkembang, kami akan membuka lebih banyak kedai atau mingkin memberi francais kepada perusahaan lain.


Idea untuk berniaga pakaian terpakai ini telah muncul dalam fikirannya sejak beberapa tahun lepas namun atas faktor masih belajar dan memerlukan komitmen sepenuhnya terhadap pelajarannya membuatkan beliau menangguh dahulu usahanya untuk berniaga pakaian “bundle”.Namun, walaupun masih belajar, beliau masih mengambil tugas sebagai sebagai “dropship” atau tukang iklan pakaian “bundle” melalui media sosial miliknya seperti Facebook, Instagram, Whatsapps dan sebagainya.


“ Sebenarnya pada awal penglibatan saya dalam perniagaan “bundle” ini sejak saya belajar namun ketika itu saya hanya menjadi tukang iklan barang-barang kedai kawan saya, dari situ saya mula belajar strategi untuk memulakan perniagaan dan selok-belok perniagaan “bundle” dari kawan saya sendiri dan juga dari situlah datangnya idea dan minat untuk berniaga sendiri” , katanya.

ree

Peringkat awal perniagaan pakaian terpakai menggunakan kenderaan sendiri


Tambahnya lagi, masalah ekonomi yang tidak menentu ini membuat beliau mengambil keputusan untk berniaga dan beliau bercadang untuk teruskan bidang perniagaan ini memandangkan berniaga merupakan minatnya sejak daripada sekolah rendah lagi. Walaupun beliau merupakan graduasi dari universiti tempatan dan sewajarnya mendapat tawaran pekerjaan sebagai kakitangan awam, namun beliau beranggapan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk menawarkan pekerjaan sebaliknya minat dan kebolehan juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan dan pekerjaan.


“Bagi saya zaman sekarang kita harus bijak untuk mencari pekerjaan dan sumber pendapatan. Terlalu bergantung kepada “orang suap” akan membuat golongan muda menjadi malas berusaha sedangkan mereka mempunyai kebolehan dan kemampuan tersendiri” . Tambah beliau lagi.


Berkat sokongan dan dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan menjadi pemangkin kepada beliau untuk berani memulakan perniagaan sendiri. Beliau mengakui perniagaan adalah sesuatu pekerjaan melibatkan untung dan rugi yang tidak menentu tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Tetapi beliau tetap komited untuk meneruskan perniagaan kerana beliau percaya setiap usaha memerlukan pengorbanan.


Comments


Usahawan Putra Niaga

Disclaimer: This website is provided for educational and informational purposes. The views and opinions expressed on this website are solely belong to the original author and other contributors.

© 2020 Usahawan Putra Niaga

bottom of page