top of page

“Tidur seakan di hotel” kekabu pilihan

NOR ANIS ASHUHADA BINTI YUSOFF

ree

SENAWANG - Permintaan yang tinggi terhadap produk berasaskan bantal kekabu merupakan faktor utama bekas mahasiswa pemilik ABK bantal kekabu ini mencabar dirinya dalam menceburi bidang perniagaan. Pemilik ABK bantal kekabu diusahakan oleh bekas pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Raja Shahrin Adnani bin Raja Shahar, 22, lulusan Diploma “Islamik Finance” terus mengorak kehadapan mencipta kejayaan dalam bidang keusahawanan.

Perniagaan bantal kekabu menjadi pilihan utamanya dalam menceburi bidang perniagaan kerana faktor permintaan sekeliling yang merupakan keperluan utama masyarakat kini. Tambah Raja, pengusaha bantal kekabu jualan secara online masih boleh dikira dengan jari. Justeru, ini merupakan peluang besar untuk mencuba dan kini ia membuahkan hasil.

Ini adalah salah satu peluang untuk bekas mahasiswa dalam menjana pendapatan apabila sudah tamat belajar. Menurut pemilik bantal kekabu ini golongan belia digalakkan menceburi bidang keusahawanan kerana belia sekarang perlu bijak mencari peluang untuk menjadi usahawan.


ree

Merupakan anak kedua dalam keluarga daripada 4 adik beradik yang mempunyai tanggungjawab besar dalam keluarga tidak pernah mematahkan semangatnya. Minatnya dalam perniagaan sangat mendalam, beliau tidak menjadikan kesibukan sebagai penghalang untuk menceburkan diri dalam perniagaan bantal kekabu.

Tidak mahu terbelenggu dengan masalah kewangan sebagai penganggur, beliau cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Kekangan masa dan modal tidak pernah menjadi penghalang kepada beliau untuk mencuba nasib dalam bidang ini.

Beliau bahkan menggunakan ilmu yang ada pada diri beliau untuk mencari penyelesaian kepada kekangan-kekangan tersebut. Beliau sendiri tidak menyangka percubaannya yang tidak pernah dirancang ini membuahkan hasil. Sambutan daripada pelanggan diterima dengan penuh rasa syukur oleh anak muda ini.


Pastinya kepelbagaian jenis produk menjadi intipati utama dalam melariskan perniagaan, ABK bantal kekabu awalnya hanya dilakukan di rumah. Namun sekarang dengan berdasarkan permintaan pengguna yang ramai dan semakin mendapat tempat dalam pasaran ABK bantal kekabu banyak dijual di serata tempat.

"Bukan sahaja tahan, dan selesa. Bantal atau tilam yang diperbuat daripada kekabu ini sangat mudah dijaga, hanya memerlukan sinaran matahari,"”. Katanya. Produk berasaskan kekabu tidak sukar untuk dijaga, hanya dengan menjemur mampu mengelakkan kekabu bantal daripada berhabuk. Namun, kekurangan kekabu ialah ia tidak boleh dibasuh kerana isinya akan bergumpal dan akan lebih berhabuk.

Menurut Raja ABK bantal kekabu ini diwarkan-warkan dengan pelbagai cara. Antaranya di media sosial iaitu “Facebook”, memberikan risalah jualannya pada setiap kenderaan untuk memberikan info terbaru tentang jualannya. Malah, menurutnya salah satu cara yang sangat berkesan untuk jualannya adalah dengan berkerjasama dengan koperasi sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah (SMKTAD), Seremban.


ree

Variasi produk keluaran ABK Bantal Kekabu.



コメント


Usahawan Putra Niaga

Disclaimer: This website is provided for educational and informational purposes. The views and opinions expressed on this website are solely belong to the original author and other contributors.

© 2020 Usahawan Putra Niaga

bottom of page